Tengok topik, macam aku jer yang nak pergi sekolah…
Tapi…
…bila tiba penggal baru, yang pening kepala, for sure, mak bapak ler… Dalam kepala dah bajet duit untuk beli baju sekolah baru, keperluan alatulis, yuran sekolah, persatuan dan lain2 lagi la.. Aku pun camtu gak, tiap kali bulan 12, terasa lambat sangat bos nak bagi gaji…
Semalam, aku keluar dengan family untuk shopping keperluan sekolah budak2 nih. Belek2 baju, seluar, baju melayu untuk sekolah agama, kain, tudung, kasut.. pendek kata, semua nya la aku belek kecuali promoter dia jer.. maner bole belek promoter beb, dia pun tgh sibok. Berpeluh2 aku tgk dia layan customer… maklum la, bapak budak ramai.. err.. (Soklan Cepumas : Adakah apabila aku dapat melihat dia berpeluh, maka itu tergolong dalam kategori belek2 gak?) :think:
Ok, balik kepada baju sekolah tadi. Mmg la banyak pilihan kat situ, mahal ada, murah pun ada, tapi kalau beli yang murah, jahitnya teruk sangat. Kainnya pun macam kain kapan jer… tak sampai hati lak nak bagi anak2 aku pakai camtu. Nak cari yang kain baju yang cantik, harganya tak tahan lak… So, terpaksa la aku pilih yang sedang-sedang sajaaaaa… yang sedang-sedang sajaaaaaa… eh.. terdangdut lak
Then, bila dah puas hati buat pilihan, dah test fit, maka kumpul la sumer barang2 tu dalam bakul. Settle bab baju. Pasni sure budak2 nak stationery lak… pastu nak beg lak…Hmmm.. Camne nih… Bakul dah sendat. Beg sekolah zaman sekarang bukan jenis lasak cam dulu… Bawak buku lebih sket jer, dah koyak sana sini.. Alatulis takde masalah. Stok banyak lagi kat umah… hmmm
“Nak beli semua ke?” Aku bertanya kepada isteriku.
“Entah la” Dia menjawab sambil membelek2 beg duit dia. (Dia pun belek2 gak sbb dia yang bayar!)
“Yang lain tu kita beli kemudian la” Aku lak bagi suggestion. “Ok la” jawabnya. Heheh.. senang hati aku. Leh cepat balik. Tempat dah la panas, aircon tak sejuk. Serabut dengan org ramai lagi. Budak2 dah entah kemana. Aku dengar suara diorang jer… Masa aku tgh tercari2 sambil panjangkan leher cam zirafah, budak2 pun berlari2 datang sambil masing2 pegang stokin seorg seikat. Sendat lagi la bakul nih…
Time kat cashier, nasib baik takde org. Maka dengan selambanya aku letakkan bakul kat atas kaunter dan mula la cashier tu wat kerja dia.. tembak laser, tekan2 butang, amik plastik, masukkan barang dalam plastik, pastu selotep. Kalau sehari customer nyer seorg jer, tak pe la.. tapi aku rasa hari nih, sure terkucil tangan dia nak layan customer. Untuk kitorang jer dah 4 plastik besar!
Harga? Total sumer sekali, lebh kurang RM500. Yup, itu untuk baju sahaja. Luar dan dalam. Beg & stationary tambahan lum beli lagi tu. Yuran pun lum kira lagi. Tapi takpe, its ok, bukan untuk orang lain. Untuk anak-anak jugak.
& at the same time, aku teringat bagaimana susahnya ibu dgn abah ku mencari nafkah untuk perbelanjaan persekolahan 5 org anak mereka suatu ketika dahulu…
Will my kids be remembering all of this? It doesn’t matter to me. Ikhlas kasih dari ayah, murni kasih ibu supaya anak2 semua dapat belajar dengan selesa agar ilmu itu dapat dipergunakan sewajarnya.
Cuma satu pesan ayah, JANGAN PONTENG SEKOLAH!. Ingat murah ke baju tu??